Pelajar patut melibatkan diri secara aktif dalam usaha pemuliharaan atau kegiatan-kegiatan untuk memelihara persekitaran. Berikan komen kamu.
Ia memang penting untuk pelajar-pelajar menjadi lebih aktif dengan melibatkan diri mereka dalam langkah-langkah yang boleh diambil untuk memelihara persekitaran. Pelajar-pelajar harus ada pemikiran bahawa alam persekitaran ini amat penting pada kita dan kesihatan kita. Dengan itu, mereka akan lebih menghargai dan memahami betapa susah untuk mengekalkan persekitaran yang bersih dan tidak membahayakan kesihatan dan akan melibatkan diri sebanyak mungkin. Walaupun begitu, persekitaran sudahpun mengahadapi beberapa perubahan negatif. Alam sekitar sekarang semakin tercemar dan ada beberapa langkah yang boleh diambil agar dapat memperbaikikan situasi, terutama oleh pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar boleh menyebarkan kepada awam dengan menggunakan media sosial untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan alam sekitar. Oleh itu, lebih ramai orang akan memahami dan melibatkan diri. Pelajar-pelajar juga boleh membuat kempen kitar semula. Dengan adanya kempen itu, ia akan menggalakkan seseorang itu untuk mengitar semula. Mereka juga boleh menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti menanam pokok atau membersihkan kawasan-kawasan yang agak kotor.
No comments:
Post a Comment